Sunday, March 28, 2010

Esprit De Corps Akademi Latihan Pertahanan Awam

Kursus Motivasi dan Kerjasama Berpasukan jurulatih dan kakitangan sekolah latihan ALPHA telah berlangsung pada 25 hingga 26 Mac 2010 di Kem Sungai Dara, Tanjung Malim. Objektif kursus ini adala untuk menyuntik semangat kerjasama berpasukan dan meningkatkan motivasi dikalangan jurulatih ALPHA.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 21 orang peserta termasuk Komandan ALPHA sendiri, Tuan Wahab.

Kemuncak kursus ini adalah aktiviti water confidence dan rappeling yang diadakan pada pagi hari kedua kursus.

Tuan Haris bersama Komandan ALPHA, Tuan Wahab

Peserta melakukan ' river crossing ' pada kedalaman 8 kaki

Taklimat Rappeling oleh Tuan Wan ' Solo '

Salah seorang peserta ketika membuat rappeling dari ketinggian 30 meter

Aksi salah seorang peserta semasa membuat rappeling

Peserta kursus Esprit De Corps ALPHA mendengar taklimat water confidence

Selain dari aktiviti water confidence dan rappeling, peserta juga melalui aktiviti reef knot, salah satu aktiviti ' trade mark ' Mindvision Training. Kumpulan ini telah mencatat masa 10 minit menyiapkan reef knot dan sekarang menduduki tangga kedua senarai kumpulan terpantas menyiapkan reef knot dibelakang kumpulan Penjara Sungai Buluh.

Tahniah semua, anda semua hebat, selamat maju jaya dan teruskan perjuangan anda, semoga anda semua mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Sunday, March 21, 2010

Kursus Motivasi dan Kepimpinan Masterskill

Kursus Motivasi dan Kepimpinan MPP dan Jawatankuasa Kelab dan Persatuan Kolej Universiti Masterskill berlangsung pada 19 hingga 21 Mac 2010 di Kem Nur Bukit Unggul. Kursus telah dihadiri oleh seramai 51 orang peserta.

1001 rasa, maggie

Nak kena jaga api supaya tidak padam

Muka ketat tahan panas semasa aktiviti reef knot

Mencari botol mengandungi ' klue ' dalam kolam renang

Bincang projek pulau impian atau step untuk senam robik

Tahniah semua, anda semua pemimpin hebat, serlahkan potensi diri anda, ambil peluang yang diberikan kepada anda, laksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada anda semua. Teruskan perjuangan anda.