Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label Kepimpinan. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

Kursus Kepimpinan JMK UPSI

Bertempat di Lembah Azwen Resort, pada 12 hingga 14 Mei 2010 lalu telah berlangsung Kursus Kepimpinan JMK UPSI. Kursus yang disertai oleh JMK lima kolej kediaman terdiri dari KHAR, KAB, KZ, KUO dan KLK.

Objektif program ini adalah untuk membina jaringan perhubungan antara biro-biro kelima-lima kolej kediaman disamping membina dan mengukuhkan jatidiri peserta.

Pulau Impian seperti biasa menjadi tugasan utama peserta begitu juga Reef Knot dimana kumpulan ini berjaya mencatat catatan 30 minit.

Town Game

Lembu...ekor panjang

Ice Breaking

Water Confidence

Ice Breaking....Team Johor

Tahniah, anda semua hebat, anda telah memberi komitmen yang terbaik dengan menjayakan program ini. Selamat maju jaya dan teruskan perjuangan anda.

Kalau menebang si pohon jati

Papan di Jawa dibelah-belah

Kalaulah hidup tidak berbudi

Umpama pokok tidak berbuah

Video Program

Sunday, March 21, 2010

Kursus Motivasi dan Kepimpinan Masterskill

Kursus Motivasi dan Kepimpinan MPP dan Jawatankuasa Kelab dan Persatuan Kolej Universiti Masterskill berlangsung pada 19 hingga 21 Mac 2010 di Kem Nur Bukit Unggul. Kursus telah dihadiri oleh seramai 51 orang peserta.

1001 rasa, maggie

Nak kena jaga api supaya tidak padam

Muka ketat tahan panas semasa aktiviti reef knot

Mencari botol mengandungi ' klue ' dalam kolam renang

Bincang projek pulau impian atau step untuk senam robik

Tahniah semua, anda semua pemimpin hebat, serlahkan potensi diri anda, ambil peluang yang diberikan kepada anda, laksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada anda semua. Teruskan perjuangan anda.