Showing posts with label Teambuilding. Show all posts
Showing posts with label Teambuilding. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Teambuilding HSBC Damansara Uptown

Team HSBC cawangan Damansara Uptown berkampung pada 8 Mei 2010 di Lembah Azwen Resort untuk mengikuti Bengkel Teambuilding.

Seramai 23 orang staff cawangan tersebut telah dengan jayanya mengikuti bengkel tersebut yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 8 malam.

Antara pengisian di dalam bengkel tersebut adalah, aktiviti Black Box Orienteering, Water Sport ( Sampan Pak Pandir ) dan Reef Knot.

Sunday, March 28, 2010

Esprit De Corps Akademi Latihan Pertahanan Awam

Kursus Motivasi dan Kerjasama Berpasukan jurulatih dan kakitangan sekolah latihan ALPHA telah berlangsung pada 25 hingga 26 Mac 2010 di Kem Sungai Dara, Tanjung Malim. Objektif kursus ini adala untuk menyuntik semangat kerjasama berpasukan dan meningkatkan motivasi dikalangan jurulatih ALPHA.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 21 orang peserta termasuk Komandan ALPHA sendiri, Tuan Wahab.

Kemuncak kursus ini adalah aktiviti water confidence dan rappeling yang diadakan pada pagi hari kedua kursus.

Tuan Haris bersama Komandan ALPHA, Tuan Wahab

Peserta melakukan ' river crossing ' pada kedalaman 8 kaki

Taklimat Rappeling oleh Tuan Wan ' Solo '

Salah seorang peserta ketika membuat rappeling dari ketinggian 30 meter

Aksi salah seorang peserta semasa membuat rappeling

Peserta kursus Esprit De Corps ALPHA mendengar taklimat water confidence

Selain dari aktiviti water confidence dan rappeling, peserta juga melalui aktiviti reef knot, salah satu aktiviti ' trade mark ' Mindvision Training. Kumpulan ini telah mencatat masa 10 minit menyiapkan reef knot dan sekarang menduduki tangga kedua senarai kumpulan terpantas menyiapkan reef knot dibelakang kumpulan Penjara Sungai Buluh.

Tahniah semua, anda semua hebat, selamat maju jaya dan teruskan perjuangan anda, semoga anda semua mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Monday, February 22, 2010

Eksplorasi Gua Itik dan Gua Gendang


Pada 19 hingga 21 Feb 2010, saya telah menyertai eksplorasi ke Gua Itik dan Gua Gendang di Pengkalan Hulu, Perak bersama-sama dengan peserta kursus ' Teambuilding ' dari PERDA.


Eksplorasi ini merupakan klimaks kepada kursus ' Teambuilding ' kendalian saya untuk melihat hubungan kerjasama diantara ahli pasukan.

Ekspedisi bermula jam 8.30 pg dan berakhir pada jam 1.00 tengahari telah banyak memberi pengalaman baru kepada saya kerana buat pertama kalinya saya masuk kedalam gua yang didalamnya terdapat sungai.

Terdapat laluan masuk utama yang lebih mudah ke Gua Gendang, tetapi kami tidak melaluinya, kami telah dibawa oleh beberapa orang anggota bomba yang menjadi ' guide ' untuk masuk melalui lubang kecil dibahagian lain gua. Di pintu masuk lubang terdapat papan tanda yang menginggatkan tentang kematian.
Cabaran bermula apabila masuk kedalam gua yang gelap ( hanya dibekalkan lilin sahaja ) ditambah dengan arus sungai yang mengalir deras dan sejuk. Laluan eksplorasi melalui laluan sungai yang pada sesetengah tempat, saya terpaksa merangkak kerana bumbung gua yang terlalu rendah.

Di satu kawasan, kami memadamkan lilin untuk merasai kegelapan gua. Memang benar sangat gelap hingga kita tidak dapat melihat tangan sendiri walaupun diletakkan dihadapan mata kita. Dikatakan kegelapan di dalam gua, 7 kali lebih gelap dari kegelapan malam. Keadaan ini menginggatkan saya kepada kegelapan liang lahat sebagaimana yang tetulis pada papan tanda dipintu masuk tadi.

Ada sesetengah kawasan yang airnya sangat dalam sehingga mencecah ke leher saya ( ketinggian saya 180cm ) dan dikatakan pada musim tengkujuh kedalaman air sungai boleh mencecah sehingga 5 kali ganda kedalaman yang kami lalui pada waktu ini. Tidak hairanlah jika di bumbung gua, dicelah-celah stalaktit terdapat kayu-kayu balak sebesar pemeluk tersadai disitu.

Gua Gendang diambil nama dari bunyi gendang yang kedengaran akibat pukulan air sungai kedinding gua yang menghasilkan bunyi seumpama gendang.

Formasi stalaktit dan stalakmit dan batuan keras yang terbentuk membentuk pelbagai corak dan figura begitu menakjubkan.

Tiada apa yang dapat diungkapkan disini kecuali betapa besarnya kekuasaan Allah apabila sungai yang mengalir boleh mengalir masuk kedalam bukit batu kapur dan membentuk gua yang kemudianya sungai tersebut mengalir keluar semula. Subhanallah.

Di hadapan pintu masuk Gua Itik

Di dalam Gua Gendang

Menunggu giliran untuk masuk ke Gua Gendang

Papan tanda menginggatkan tentang kematian di pintu masuk Gua Gendang

Peserta memasuki Gua Gendang melalui lubang

Hanya cahaya lilin sebagai cahaya di Gua Gendang

Wednesday, February 17, 2010

Reef Knot





Aktiviti Reef Knot merupakan salah satu pengisian utama Mindvision Training untuk program latihan kami. Setakat ini kami telah melaksanakan lebih dari 300 sesi melibatkan aktiviti ini.



Pengajaran yang dapat diperolehi dari aktiviti ini adalah.



1. Memahami tanggungjawab seorang ketua pasukan.


2. Memahami tanggungjawab seorang ahli pasukan.


3. Kepentingan komunikasi dalam sesebuah pasukan.


4. Kesefahaman dalam melaksanakan sesuatu tugasan.


Dan yang utama dalam aktiviti ini adalah ianya dapat membina semangat kerjasama dalam sesebuah pasukan.


Rekod terpantas melaksanakan tugasan dalam aktiviti ini dipegang Kumpulan T9 Exxonmobil yang dibuat pada 30 Mei 2011 dengan kepantasan 7 minit 49 saat memadamkan rekod yang dibuat kakitangan Penjara Sungai Buluh pada tahun 2009 dengan kepantasan 9 minit.


Rekod paling lama melaksanakan tugasan dalam aktiviti ini adalah 1 jam 45 minit ( Nama organisasi dirahsiakan - 2008 )

Berikut Adalah Senarai 10 rekod terpantas untuk Reef Knot


1. Team T9 Exxonmobil ( 2011 ) - 7 minit

2. Kakitangan Penjara Sungai Buluh ( 2009 ) - 9 minit

3. Kakitangan Jabatan Kimia Malaysia ( 2010 ) - 10 minit

4. Kakitangan dan Jurulatih Akademi Latihan Pertahanan Awam ( 2010 ) - 11 minit

5. Usahawan PERDA ( 2010 ) - 12 minit

6. Putera Maktab Tentera Diraja ( 2009 ) - 15 minit

7. Kakitangan UUM ( 2010 ) - 16 minit

8. MPP UUM COB ( 2009 ) - 20 minit

9. Pegawai dan Kakitangan INSKEN ( 2011 ) - 21 minit

10. Agensi-agensi Kementerian Pengangkutan ( 2011 ) - 26 minit