Monday, May 10, 2010

Teambuilding HSBC Damansara Uptown

Team HSBC cawangan Damansara Uptown berkampung pada 8 Mei 2010 di Lembah Azwen Resort untuk mengikuti Bengkel Teambuilding.

Seramai 23 orang staff cawangan tersebut telah dengan jayanya mengikuti bengkel tersebut yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 8 malam.

Antara pengisian di dalam bengkel tersebut adalah, aktiviti Black Box Orienteering, Water Sport ( Sampan Pak Pandir ) dan Reef Knot.

Wednesday, May 5, 2010

Selawat Tafrijiyyah dan Al Fatih

Selawat Tafrijiyyah juga disebut Selawat Nariyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah.

Bagi mereka yang inginkan kehidupan harian berjalan lancar, jauh dari gangguan dan kemudaratan, sebaiknya diamalkan selepas solat fardu sebanyak yang mampu.
Satu lagi selawat yang digalakkan untuk diamalkan ialah Selawat Al Fatih ( Pembuka )

Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan dukacita, menolak bencana dan tercapai hajat bergantung kepada niat seseorang.