Tuesday, April 3, 2012

Berfikir Seperti Majikan

Terdapat dua cara berfikir utama dalam dunia pekerjaan, iaitu berfikir seperti pekerja dan berfikir seperti bos.

Apabila kita berfikir seperti pekerja, kesannya kita lebih memandang apa yang organisasi ataupun majikan kita dapat berikan kepada kita. Antara tindakan yang kita lakukan adalah seperti berikut :

  • Bekerja apabila ada gaji
  • Buat kerja mengikut arahan bos
  • Menunggu arahan
  • Memikirkan keperluan diri sendiri
  • Memikirkan apa yang majikan dapat berikan
  • Bekerja mengikut waktu pejabat
  • Memohon maaf apabila melakukan kesilapan
  • Hanya buat kerja apa yang disuruh oleh majikan
  • Buat kerja dalam bidang tugasan sahaja
  • Tidak kisah berkenaan keperluan staf lain yang kita tidak kenal dalam organisasi
  • Memerlukan pujian
  • dan lain-lain
Apabila kita berfikir seperti majikan ataupun bos, kita lebih memikirkan apa yang kita dapat sumbangkan kepada organisasi.
  • Bekerja walaupun tidak dapat gaji
  • Tidak menunggu arahan
  • Lebih memikirkan keperluan organisasi dan staf lain
  • Memikirkan apa kita dapat disumbangkan kepada organisasi
  • Banyak buat kerja yang akan disuruh oleh bos dan juga kerja yang tidak akan disuruh oleh bos
  • Buat kerja dalam semua bidang tugasan yang dapat memanfaatkan organisasi ataupun staf lain
  • Tidak memerlukan pujian, sebaliknya sibuk memberi pujian kepada staf yang layak
  • Buat kerja sebelum arahan dikeluarkan, iaitu kerja siap sebelum arahan diberikan.

Thursday, January 5, 2012

Dari Terbaik kepada Terburuk

Kes Amalina, satu peringatan kepada semua......

Amalina, semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran berguna untuk menempuh masa depan yang lebih mencabar. Lupakanlah kepahitan yang terpaksa ditelan dan ingatlah bahawa yang pahit itu biasanya menjadi ubat yang mujarab.

Nur Amalina Che Bakri mencatat sejarah apabila pada 26 Mac 2005 diisytiharkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan mendapat 17A1.

Mengalami kontroversi kehidupan sebagai pelajar luar negara. Bolehlah dikatakan dia telah mendapat pulisiti yang cukup meluas sejak beberapa hari lalu. Orang Melayu amat tersinggung. Itulah kata-kata yang paling sesuai disebutkan.

Ramai yang melahirkan rasa kecewa. Genius Melayu dengan mudah menjadi ratahan kehidupan sosial barat. Semoga anak-anak Melayu dapat mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku kepada Nur Amalina. Selamatkan diri dari tsunami New World Order yang semakin rakus. NWO akan menghancurkan tatasusila manusia dan membawa ke satu distinasi sosial gila bebas dari campur tangan agama.

Program penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara harus dipertimbangkan semula terutama bagi anak-anak belasan tahun yang biasanya akan mengalami kejutan budaya. Kerajaan harus mengubah halacara berkaitan jika masih mahu melanjutkan dasar tersebut.

Biarlah mereka meneruskan pelajaran permulaan di dalam negara sekurang-kurang peringkat diploma sebelum membenarkan mereka melanjutkan pelajaran di luar negara. Kematangan dan kekuatan minda harus dipupuk bagi membentuk jati diri terlebih dahulu.

Sebaiknya mereka diberi pendedahan keagamaan secukupnya. Pihak berwajib perlu menjadikan kes Amalina, Aarif dan Sufiah sebagai bahan kajian untuk memperbaiki dasar penghantaran genius kita ke luar negara.

Apa guna bijak tetapi terpinggir dalam keimanan dan tentunya senang dimangsakan. Kita harus sedar pihak barat juga mengidamkan manusia genius seperti mereka ini berkhidmat di negara mereka. Kemungkinan besar mereka tidak akan kembali ke Malaysia walaupun berjaya. Jika tidak, akan ada usaha merosakkan pemikiran mereka.

Sufiah genius Mathematik menjadi pelacur, Aarif juga genius berkahwin dengan lelaki.


Dipetik dari Face Book Pendedahan Konpirasi dan Penipuan Dunia

Imiginasi dan Kejayaan

Pernahkan anda membuat rakit buluh ? Cuba anda bayangkan anda sedang membina sebuah rakit daripada buluh. Bayangkan bagaimana anda mengikat buluh-buluh tersebut dengan tali dan bayangkan anda sedang berada diatas rakit tersebut menyusuri sungai. Jika pada suatu hari nanti anda berpeluang untuk membuat rakit buluh sendiri, pastinya anda boleh membuatnya dengan imiginasi anda sekarang.

Jangan kita memandang enteng tentang imiginasi kerana imiginasi bukannya gambaran kosong atau angan-angan sahaja. Tetapi imiginasi adalah satu kaedah yang boleh memungkinkan realiti dalam banyak perkara.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak tokoh ilmuan menjadi terkenal hasil imiginasinya yang luar biasa. Saya ambil contoh Albert Einstein yang menyatakan bahawa tenaga terhasil dari imiginasi. Malah beliau pernah ditanya bagaimana beliau mampu menghasilkan begitu banyak teori yang diluar pemikiran manusia ketika itu, beliau menjawab imiginasilah yang menjadi salah satu bahan bakar untuk beliau berfikir sedemikian.

Bagaimana imiginasi yang dihasilkan ini boleh menjurus kepada realiti ?

Pada prinsipnya, fikiran kita merupakan satu sistem yang luar biasa yang menjadi pengerak keatas apa yang kita inginkan. Fikiran mengkoordinasikan sistem yang kompleks yang mengabungkan sistem kimia dan fizik untuk satu keseragaman yang membawa kepada perbuatan dan tingkahlaku kearah untuk mencapai apa yang dikehendaki.

Setiap orang boleh berangan-angan tentang masa depannya. Berangan-angan menjadi seorang wartawan dan penyampai stesen televisen contohnya. Imiginasi tentang kerjaya ini akan mempengaruhi sistem badan untuk melaksanakan perubahan untuk seseorang bertindakbalas seperti seorang wartawan. Secara tidak langsung seseorang itu akan mula belajar berkomunikasi, menulis dan menjaga penampilan diri.

Dengan mewujudkan angan-angan inilah imiginasi mula memainkan peranan. Apabila seseorang mula merencana dan meletakkan imiginasi untuk mendapatkan sesuatu, sistem badan akan mulai mencari jalan bagaimana untuk merealisasikan apa yang sudah difikirkan.

Ada satu kisah tentang bagaimana kekuatan imiginasi boleh membawa kepada kejayaan.

Seorang tentera yang bernama Major James Nesmeth yang begitu berminat dalam permainan golf. Beliau sudah merencanakan hasratnya untuk belajar bermain golf tetapi tidak kesampaian apabila beliau dihantar bertugas ke Vietnam Utara.

Malangnya semasa di Vietnam, beliau ditangkap tentera musuh dan dipenjarakan. Beliau dimasukkan ke sel yang sempit dan kotor serta tidak dibenarkan berkomunikasi dalam apa cara sekalipun dengan sesiapa. Keadaan begini sudah pastinya memberi tekanan dari segi emosi dan fizikal beliau.

Oleh kerana beliau seorang tentera dan telah dilatih untuk menghadapi saat sebegini maka beliau menguatkan mentalnya agar tidak dipengaruhi oleh keadaan yang amat menyulitkan. Maka beliau mula mencipta imiginasi sendiri.

Setiap hari beliau akan memperuntukkan masa selama empat jam untuk berimiginasi bermain golf di sebuah padang golf 18 lubang yang indah. Beliau membentuk imiginasi yang tetap setiap hari selama tujuh tahun beliau dipenjarakan.

Pada tahun ketujuh beliau dibebaskan dari penjara dan pulang kenegaranya. Untuk melupakan kenangan pahit semasa dipenjara, beliau mula bermain golf. Dalam permainan pertamanya, beliau berjaya menandingi lawannya dengan 20 pukulan dibawah par. Orang ramai pun bertanya daripada siapa beliau berlatih. “ Aku belajar selama tujuh tahun ketika di Vietnam di dalam penjara daripada imiginasi ku “ kata Mejar James.

Kisah Mejar James jelas menunjukkan kepada kita tentang kekuatan imiginasi. Kita mewujudkan dan mengambarkan apa yang kita mahu dalam fikiran kita. Imiginasi adalah tenaga yang mana kalau diolah secara berterusan akan memberikan kita satu kekuatan untuk mampu mencapainya.

Dengan kekuatan imiginasi, masa depan akan menjadi milik anda sesuai dengan apa yang kita cita-citakan. Seperti kata Stephen Covey dalam bukunya 7 habits, “ Kita mencipta imiginasi dahulu sebelum mencipta sesuatu fizikal “

Semakin kuat gambaran imiginasi yang anda miliki, semakin besar tenaga yang anda akan miliki untuk menjadikan ia realiti. Sebaliknya jika anda mula membayangkan yang buruk dan negatif, anda akan mewujudkan tenaga negatif dan akan melemahkan untuk mencapai imiginasi tersebut.

Anggaplah imiginasi sebagai kenderaan bagi anda untuk mencapai apa saja yang anda impikan dan cita-citakan. Jaga ia dengan baik, bersihkan ia, servis selalu, elakkan dari kemalangan dan pastinya ia akan membawa anda kedestinasi yang anda impikan.

Wallahualam

Mohd Haris b. Hairun Paezi

15 Mac 2008

Saturday, October 29, 2011

Manfaat Cuti Sekolah

Kem musim panas suntik motivasi diri SELEPAS menempuh peperiksaan pertengahan tahun, tempoh cuti selama dua minggu ini adalah waktu dinanti hampir semua warga pelajar. Pakar motivasi menyarankan waktu ini dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. Mereka berpendapat, kebanyakan anak muda yang tidak melakukan apa-apa aktiviti ketika tempoh itu, cenderung menghabiskan masa dengan bermain atau melakukan perkara kurang berfaedah bersama rakan sebaya, berkurung dalam bilik, di depan skrin komputer atau televisyen.

Benar atau tidak, hanya ibu bapa ada jawapannya. Jika sepanjang cuti ini, mereka melahirkan hasrat untuk tidur, bermain atau menonton wayang, anda seharusnya sedari awal, merencana apa yang perlu dilakukan supaya masa emas, tidak berlalu sia-sia.

‘Summer camp’ antara pilihan untuk dimanfaat pelajar ketika cuti. Bererti kem musim panas, ia dianjurkan ketika cuti sekolah di negara yang mempunyai musim panas. Di Malaysia, ia popular sejak pertengahan 90-an. Ketika itu banyak kem latihan dibuka dan peluang ini diambil oleh perunding latihan untuk memperkenalkan konsep kem motivasi, yang digelar ‘summer camp’ diadakan pada musim cuti sekolah pertengahan atau hujung tahun. Sebenarnya, ia adalah sebahagian daripada pembelajaran juga, tetapi diadakan dalam bentuk ‘experiential learning’ (pengalaman) yang dapat membantu menyerlahkan jati diri pelajar dan pembelajaran itu hanya boleh di peroleh ketika menghadiri program sedemikian. Selalunya, ia memerlukan peserta bermalam sama ada satu atau dua hari bergantung kepada modul disediakan penganjur.

Perunding Latihan Mind Vision Training & Services, Mohd Haris Hairun Paezi, berkata matlamat utama kem ialah memberi suntikan motivasi kepada pelajar untuk belajar, di samping memberi kefahaman mengenai tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar. Tidak ketinggalan pendedahan terhadap kemahiran insaniah seperti kemahiran kepemimpinan, komunikasi, kerjasama dan kreativiti. Pada masa sama, mengajar pelajar untuk berdisiplin dalam mengurus diri dan masa. “Sejak empat tahun lalu, kem anjuran kami dihadiri peserta tetap pada usia sembilan tahun hingga 16 tahun,” katanya. ‘Summer camp’ menyediakan tiga jenis gaya belajar, iaitu melalui visual, auditori dan kinestetik bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar mengenai apa yang ingin disampaikan. Hakikatnya, pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang ingin disampaikan apabila mereka melakukan aktiviti yang dapat merangsang minda mereka dan seterusnya maklumat berkenaan akan tersimpan di minda kekal. Selain itu, mereka juga mudah tertarik dan berminat apabila melalui sesuatu yang baru yang belum pernah mereka lalui sebelum ini menerusi modul dijalankan “Maka boleh dikatakan, summer camp menjadi keperluan kepada pelajar terutama generasi sekarang sebagai pelengkap pembelajaran di sekolah bagi menjamin survival mereka pada masa akan datang,” katanya. Menyentuh mengenai aspek keselamatan, katanya, ibu bapa tidak seharusnya terlalu bimbang, lantaran pihak penganjur selalunya memastikan ia diberi keutamaan. Taklimat keselamatan diberikan pada hari pertama kepada peserta dan pada setiap masa, pergerakan mereka akan dipantau oleh jurulatih atau fasilitator. “Ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana jurulatih dan fasilitator yang terbabit dalam program seumpama ini, terdiri daripada individu yang berpengalaman dan terlatih untuk melaksanakan aktiviti latihan. “Tempat latihan juga tidak mengabaikan aspek keselamatan, yang mana kebanyakan kem latihan menggunakan khidmat jurulatih bertauliah untuk mengendalikan aktiviti luaran (outbound) seperti ‘flying fox’, ‘rappelling’, ‘water confidence’ dan ‘jungle trekking’. Makanan dan minuman peserta juga sentiasa dipastikan bersih dan tidak tercemar,” katanya. Begitu juga tempat tinggal, ia dipastikan selamat. Katil tidak disusun rapat dan mempunyai ruang untuk bergerak andai berlaku kecemasan dan mempunyai dua pintu keluar. “Penganjur yang bertauliah selalunya tidak mengabaikan aspek penting dalam menjayakan sesuatu program.

Justeru, amat penting ibu bapa ‘memastikan’ penganjur kem benar-benar tulus serta berpengalaman kerana ada juga beberapa kes, ibu bapa tertipu. Keadaan itu berlaku mungkin kerana ibu bapa tidak menyelidik secara terperinci mengenai penganjur. “Nasihat saya, ibu bapa mengetahui dengan jelas modul serta penganjur. Kerana dalam beberapa kes penipuan, ada ibu bapa yang membayar kepada penganjur tetapi sebenarnya ia tidak wujud, sedangkan wang sudah pun dibayar,” katanya. Memperuntukkan sejumlah wang kepada penganjur dengan harapan anak-anak pulang dengan semangat positif, Mohd Haris berkata, selalunya ibu bapa meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada penganjur supaya dapat melakukan perubahan kepada anak mereka dalam aspek tertentu seperti tingkah laku. “Perlu diingatkan, jurulatih atau fasilitator bertindak sebagai pencetus minda peserta ke arah perubahan dan terpulang kepada peserta sama ada mereka mahu atau tidak melakukan perubahan. Di sinilah peranan ibu bapa di rumah untuk terus menyuburkan dan memberikan sokongan kepada anak ini supaya mereka terus menjadi insan positif dan bermotivasi,” katanya.

INFO: Panduan mengelak ditipu!

Pastikan penganjur mempunyai pengalaman dalam menganjur program latihan sama ada berbentuk berkumpulan atau terbuka.

Pastikan jurulatih mempunyai tauliah sebagai jurulatih dan berpengalaman dalam bidang latihan serta mesra dan mengambil berat hal pelajar.

Pastikan bilangan jurulatih dan fasilitator mencukupi ketika program berlangsung (seorang fasilitator bagi setiap 10 atau 15 peserta dalam kumpulan)

Pastikan mendapat penjelasan lengkap berhubung pengisian program, tempat latihan daripada penganjur sebelum membuat pendaftaran.

Pastikan pengisian program adalah bersesuaian dan terarah untuk membentuk minda, jasad, rohani, emosi dan sosial pelajar.

Pastikan memilih penganjur yang tidak mengambil terlalu ramai peserta kerana ini boleh menyebabkan ada peserta yang tercicir dan tidak berpeluang untuk menonjolkan diri.

Pastikan tiada aktiviti ekstrem yang merbahaya dan berisiko tinggi (terutama kepada kanak-kanak 9 tahun hingga 12 tahun).

Pastikan penganjur atau tempat latihan mengambil perlindungan insurans untuk aktiviti luaran.

Pastikan tempat latihan mempunyai kawalan keselamatan dan berpagar (bukan kem terbuka yang dikunjungi orang awam).

Maklumkan kepada penganjur jika anak anda mempunyai alahan atau sebarang penyakit.

Manfaat cuti sekolah
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Berita Harian
31 Mei 2011

Untuk Maklumat Lanjut Berkaitan Program Summer Camp Anjuran Mindvision Training, sila layari http://www.summercamp.mindvision.com.my/

Wednesday, September 21, 2011

Law Of Garbage Truck

Hukum Lori Sampah....macam kotor sahaja bila didengar, adalah suatu hukum yang memperjelaskan tentang bagaimana setiap hari mood anda akan terganggu disebabkan oleh orang lain. Siapa orang lain tersebut, mereka mungkin pasangan anda, rakan, bos atau sesiapa sahaja yang tidak kita kenali.


Sebagai contoh, ketika dipejabat, anda dimarahi oleh bos kerana kesilapan anda ataupun boleh jadi tanpa sebarang sebab. Apa yang anda rasa ? sepanjang hari anda pasti tidak ada mood untuk bekerja.


Hukum Lori Sampah ( Law of Garbage Truck ) menyatakan bahawa, pada ketika itu, bos anda ingin melepaskan perasaan marahnya kepada seseorang, anda mangsanya. Jika anda memungut apa yang dilepaskanya itu kedalam diri anda, anda seumpama sebuah lori sampah yang memungut sisa-sisa yang kotor ( negatif ). Bayangkan sebuah lori sampah yang sarat dengan muatan sampah, busuk, kotor dan dijauhi orang. Jangan jadikan diri anda sebagai pemungut sampah yang memungut sisa-sisa negatif dari orang lain.


Caranya mudah sahaja, anggap orang yang sedemikian sedang membuang sisa negatif, kotor dan busuk dan anda tidak akan dan tidak mahu menerima atau memungutnya. Maafkan mereka walaupun kata-kata atau perbuatan mereka itu menyakitkan.


Renungkan Kisah Ini sebagai motivasi untuk diri anda apabila berhadapan dengan situasi sebegini.


Pada suatu hari, sedang Nabi saw berkumpul dengan para sahabat dekat kaabah, seorang lelaki asing berjalan di hadapan mereka.Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berkata kepada para sahabat: "Dialah ahli Syurga". Hal itu dikatakan oleh baginda hingga tiga kali.


Timbul rasa ingin tahu mengenai kenyataan Nabi di kalangan sahabat, terutama Abdullah bin Umar, yang memang dikenal sangat kritis pemikiranya."Ya Rasulullah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, sedangkan selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahabatmu? sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak mengatakan hal itu?" Tanya Abdullah. Nabi memberi jawaban halus lagi bijak: "jika engkau ingin tahu, tanyalah kepadanya".


Oleh kerana rasa ingin tahu, pada suatu hari Abdullah bin Umar berkunjung ke rumah orang asing itu."Wahai saudara, kelmarin waktu engkau lalu di hadapan kami Rasulullah mengatakan bahawa engkau seorang ahli syurga. Apa gerangan yang menjadi rahsianya sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?" tanya Abdullah.


Lelaki itu tersenyum seraya berkata:"Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki harta kekayaan apa-apa, baik ilmu ataupun harta yang dapat ku sedekahkan." Yang aku miliki hanyalah kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekaligus berusaha menghilangkan perasaan benci terhadap siapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun."


Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan egoisme, bererti adanya sikap menyalahkan orang yang dibenci.Dan menyalahkan orang lain bermaksud membenarkan sikap dan tindakan sendiri. Sedangkan sikap itu sudah sejak awal dituntut iblis ketika penciptaan adam as. Kisah ini memberikan gambaran bahawa perasaan benci bukan mengakibatkan fitnah dan permusuhan sahaja bahkan penyakit batin yang boleh membunuh maruah seseorang Mukmin yang mendambakan keredhaan Illahi.

Monday, June 27, 2011

GRAFOLOGY ( Bahagian 1 )

Grafologi adalah seni menilai karektor dan keperibadian seseorang melalui tulisan, lukisan dan tandatangan. Kajian berkaitan grafologi telah bermula sejak 400 tahun yang lalu oleh Camilio Baldi. Grafologi merupakan sesuatu yang saintifik dimana ia menghubungkan fungsi orak dengan tindakan dan gerakbalas organ lain.

Grafologi juga dipanggil tulisan otak, ini adalah kerana tangan bukanlan organ untuk menulis, perkara ini disokong dengan melihat golongan yang tidak memiliki tangan masih mampu untuk menulis samada menggunakan kaki atau mulut. Otak sebenarnya mengawal apa yanng ditulis atau dilukis dan tangan digunakan sebagai medium perlaksana apa yang hendak disampaikan oleh otak.

Tandatangan berasal dari bahasa latin SIGNARE yang bermaksud TANDA. Ianya merupakan gaya tulisan tertentu dari nama seseorang atau tanda identifikasi yang ditulis pada dokumen sebagai bukti mewakili individu tertentu.

Tandatangan bukan sahaja mewakili identiti anda bahkan ianya boleh menjadi penentu kepada perjalanan hidup anda.

Mari kita lihat maksud tersirat disebalik tandatangan.

1. Tekanan

Jika tekanan pada tandatangan yang ditulis kuat sehingga timbul dibahagian belakang kertas, anda pada ketika itu berada dalam keadaan sihat, cergas dan agresif tetapi jika tekanan kurang anda pada ketika itu kurang sihat, kurang aktif dan kurang bertenaga. Ada pendapat menyatakan mereka yang tulisannya tidak berbekas dibahagian belakang akan mudah sakit.

2. Garisan

Selalunya tandatangan akan diakhiri dengan garisan dibawah tandatangan sebagai pelengkap, jika tandatangan anda mempunyai garisan, pakar grafologi berpendapat anda adalah seorang yang berkeyakinan dan mempunyai personaliti yang hebat tetapi berhati-hati kerana anda mementingkan diri sendiri dan kurang perihatin kepada orang lain.

Jika garisan tersebut kena pada tandatangan, anda tidak mampu untuk berdikari dan suka bergantung dengan orang lain.

Jika garisan tersebut berakhir kebawah atau kebelakang, berhati-hati kerana pada ketika tua nanti hidup anda akan susah.

Jika hujung garisan berkait atau mempunyai cakuk, hidup anda dikelilingi hutang.

Ramai yang saya lihat membuat garisan potongan pada tandatangan, elakkan perkara ini kerana setiap apa yang anda lakukan tidak akan sempurna dan anda sukar mendapat apa yang anda hajati. Labih buruk lagi tandatangan begini menjadikan anda tidak dipercayai oleh orang lain kerana anda memotong nama anda, membatal nama anda dan mematikan identiti anda.

3. Titik

Titik pada tandatangan juga sama fungsinya dengan garisan, dimana ianya merupakan pelengkap dan penamat kepada tandatangan.

Mereka yang mempunyai 1 titik pada tandatangan adalah orang sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang situasi. Mudah untuk berurusan dengan mereka dan anda mudah hilang kepercayaan apabila dikhianati.

Tandatangan dengan 2 titik pula dikategorikan sebagai orang yang romantik, tidak setia dalam perhubungan dan mudah bertukar-tukar pasangan. Jika anda lelaki, anda memilih kecantikan dan jika anda perempuan, anda akan sentiasa untuk kelihatan cantik.

Bagaimana pula pada tandatangan yang tiada garisan atau titik, anda sebenrnya seronok dengan kehidupan anda dengan cara anda tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Berhati-hati kerana anda tidak suka kepada pandangan dan pendapat orang lain terhadap diri anda. Ini boleh menjadikan anda dilabel sebagai ' Syok Sendiri '.

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Felcra Semungkis

Petang 21 Mei 2011 telah mencatat satu sejarah hitam di Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

Nama Felcra Semungkis sebelum ini hanya dikenali oleh mereka yang pernah datang mengikuti latihan di dua buah tempat latihan yang terdapat disini iaitu, Lembah Azwen resort dan Kem An-Naim sekarang ini menjadi sebutan ramai.

Sejak dari semalam lagi, telefon bimbit penulis tak henti-henti dihurungi SMS bertanyakan tentang lokasi tempat kejadian yang telah meragut 16 syahid tersebut.

Tragedi tanah runtuh yang menghempap khemah sementara tempat latihan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa benar-benar mengejutkan bukan sahaja bapak-bapak menteri tetapi diri penulis sendiri yang telah sekian lama berada dikawasan tersebut.

Kalau sebelum ini ketika aktiviti jungle trekking melalui kawasan Hutan Simpan Ampang, peserta selalu bertanya kepada penulis apabila terpandang sahaja bangunan berwarna putih, berbumbung ala minangkabau berwarna hijau tersebut, " Tuan Haris, tu bangunan apa ? "

Terus terang penulis memang tahu, terdapat kediaman anak yatim disana, tetapi tidak pernah sampai pun kesana, nama tempat itu pun baru diketahui semalam.

Tapi peristiwa semalam benar-benar membuatkan penulis hiba, bila melihatkan mangsa terdiri dari kanak-kanak yang ada antara mereka kali terakhir bertemu keluarga pada Aidilfitri tahun lalu.

Pagi tadi semasa melihat berita, ramai menteri yang dah sampai kekawasan tersebut, Najib pun khabarnya bergegas pulang dari Amerika Syarikat untuk bersama-sama rakyat Malaysia khususnya penduduk Hulu Langat merasai kesedihan ini.

Bantuan dan sumbangan bagai tanah runtuh juga, sekelip mata dan mencurah-curah bagai hujan bukit di Hulu Langat. Alhamdulillah masyarakat kita masih perihatin dan tidak lokek untuk membantu terutama kepada anak-anak yatim.

Penulis tak berkesempatan nak pergi kesana lagi walaupun hati meronta-ronta untuk kesana. Lembah Azwen Resort, menjadi tempat tinggal sementara bagi penghuni yang selamat.

Rasanya masalah jalan berlubang dari Jalan Hulu Langat ke tempat kejadian lepas ini akan berturap cantik dan masalah bau sampah dari pusat pelupusan sampah bukit ampang yang menjijikan akan dapat segera diatasi bilamana pak menteri mula terbau bau yang pelik.

Semoga Allah meletakkan mereka yang pergi ditempat yang terbaik disisiNya.



Friday, May 20, 2011

Summer Camp


Perkataan Summer camp bermaksud kem musim panas yang dianjurkan semasa cuti sekolah di negara-negara yang mempunyai musim panas dan peserta terdiri dari pelajar sekolah.

Summer camp telah menjadi begitu sinonim dengan cuti sekolah dimana di Malaysia summer camp dianjurkan pada musim cuti sekolah bulan Jun dan Disember.

Matlamat utama summer camp adalah untuk memberi suntikan motivasi kepada pelajar untuk belajar disamping memberi kefahaman tentang tanggugjawab mereka sebagai seorang anak dan pelajar serta tidak ketinggalan pendedahan kepada kemahiran insaniah seperti kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerjasama dan kreativiti.

Selain dari itu summer camp juga mengajar pelajar untuk berdisiplin dalam mengurus diri dan masa.

Summer camp mula popular di Malaysia pada pertengahan 90 an dimana pada ketika itu banyak kem-kem latihan dibuka dan peluang ini diambil oleh konsultan latihan untuk memperkenalkan konsep kem motivasi yang kini lebih dikenali sebagai summer camp.

Selain dari itu kesedaran ibu bapa tentang pentingnya pembelajaran berbentuk
‘experiential learning’ yang dapat membantu menyerlahkan jatidiri pelajar hanya boleh diperolehi apabila anak-anak mereka menghadiri program sebegini.

Ada tiga jenis gaya belajar, yang pertama adalah melalui visual, kedua auditori dan ketiga kinestetik. Summer camp menggunakan ketiga-tiga jenis gaya belajar ini bagi memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar tentang apa yang ingin disampaikan.

Pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang ingin disampaikan apabila mereka melakukan aktiviti yang dapat merangsang minda mereka dan seterusnya maklumat tersebut akan tersimpan di minda kekal mereka.

Selain dari itu mereka juga mudah tertarik dan berminat apabila melalui sesuatu yang baru yang belum pernah mereka lalui sebelum ini.

Maka boleh dikatakan disini summer camp merupakan keperluan kepada pelajar terutama generasi sekarang sebagai pelengkap pembelajaran disekolah bagi menjamin survival mereka pada masa akan datang.

Pihak penganjur senantiasa memastikan keselamatan peserta menjadi keutamaan, taklimat keselamatan akan diberikan pada hari pertama kepada peserta dan pada setiap masa pergerakan mereka akan dipantau oleh jurulatih atau fasilitator.

Jurulatih dan fasilitator yang terlibat terdiri dari individu yang berpengalaman dan terlatih untuk melaksanakan aktiviti latihan.

Aktiviti yang dijalankan semasa summer camp telah dipastikan kesesuaiannya kepada pelajar sekolah dimana aspek keselamatan amat dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Tempat latihan juga tidak mengabaikan aspek keselamatan dimana kebanyakan kem latihan menggunakan khidmat jurulatih bertauliah untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti luaran ( outbound ) seperti flying fox, rappelling, water confidence dan jungle trekking.

Makanan dan minuman peserta juga sentiasa dipastikan bersih dan tidak tercemar.
Penginapan ( dorm ) peserta juga dipastikan selamat dimana katil tidak disusun rapat dan mempunyai ruang untuk bergerak andai berlaku kecemasan dan mempunyai 2 pintu keluar.

Tips atau panduan kepada ibu bapa untuk memilih penganjur terbaik

1. Pastikan penganjur mempunyai pengalaman dalam menganjur program-program latihan samada berbentuk berkumpulan atau terbuka.
2. Pastikan jurulatih mempunyai tauliah sebagai jurulatih dan berpengalaman dalam bidang latihan serta mesra dan mengambil berat kepada pelajar.
3. Pastikan bilangan jurulatih dan fasilitator mencukupi semasa program berlangsung ( Kebiasaan 1 fasilitator bagi 10 hingga 15 orang peserta ).
4. Pastikan mendapat penjelasan tentang pengisian program, tempat latihan dari penganjur sebelum membuat pendaftaran.
5. Pastikan pengisian program adalah bersesuaian dan terarah untuk membentuk Minda, Jasad, Rohani, Emosi dan Sosial pelajar.
6. Pastikan memilih penganjur yang tidak mengambil terlalu ramai peserta kerana ini boleh menyebabkan ada peserta yang akan tercicir dan tidak mendapat peluang untuk menonjolkan diri.
7. Pastikan tiada aktiviti xtreme yang merbahaya dan berisiko tinggi ( terutama kepada kanak-kanak 9 hingga 12 tahun ).
8. Pastikan penganjur atau tempat latihan mengambil perlindungan insuran kepada aktiviti luaran.
9. Pastikan tempat latihan mempunyai kawalan keselamatan dan berpagar ( bukan kem terbuka yang dikunjungi orang awam ).
10. Maklumkan kepada penganjur jika anak anda mempunyai alahan ( alergi ).

Kadangkala ibubapa meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada penganjur agar dapat melakukan perubahan kepada anak mereka dalam aspek-aspek tertentu seperti perubahan tingkahlaku dan sebagainya.

Perlu diingatkan bahawa jurulatih atau fasilitator bertindak sebagai pencetuskan minda peserta kearah perubahan dan terpulang kepada peserta samada mereka mahu atau tidak melakukan perubahan.

Thursday, May 5, 2011

Strategi Lautan Biru ( Blue Ocean Strategy )

Lautan merujuk kepada pasaran ataupun industri. Lautan Biru adalah satu anologi yang menggambarkan potensi ruang pasaran yang begitu besar yang belum diterokai. Manakala strategi lautan biru merupakan satu pendekatan yang sistematik untuk mencipta ruang pasaran yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan.

Berbeza dengan lautan biru, lautan merah pula merujuk kepada satu pasaran yang di dalamnya penuh dengan persaingan dari individu atau industri yang menghasilkan perkhidmatan dan produk yang sama dan mereka saling ' membunuh ' antara satu sama lain.


Konsep BOS di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne melalui buku penulisan mereka bertajuk Blue Ocean Strategy.


BOS menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing. Satu-satunya cara untuk kekal kompetitif adalah berhenti berusaha melawan pesaing. BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru. BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan, ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan.


Usahawan di Malaysia digalakkan untuk menggunakan konsep ini dalam strategi perniagaan mereka, tidak kira samada perniagaan mereka berskala kecil mahupun besar, konsep ini mampu untuk mengekalkan mereka di dalam bidang perniagaan samada mereka masih baru ataupun telah lama.

Mindvision menawarkan beberapa kursus berkaitan konsep BOS ini, antaranya ;

1. Kursus Pemikiran Strategik

2. Kursus Pemikiran Kreatif

3. Kursus Pemasaran Kreatif

4. Kursus Pengurusan Kreatif

5. Kursus Perancangan dan Pengurusan Strategik


Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan.

Saturday, April 9, 2011

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004

Thursday, February 3, 2011

Aquaphobia

Aquaphobia atau takut air / lemas atau juga dipanggil hydrophobia merupakan gejala yang ada pada hampir semua orang. Phobia jenis ini selalunya ada pada mereka yang tidak tahu berenang.
Selalunya mereka ini tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri apabila berada di dalam air ( kedalaman lebih dari 2 meter ) apabila kaki mereka tidak lagi menyentuh dasar.

Phobia ini akan mencetuskan panik air yang mengakibatkan jantung berdegup kencang dan nafas bertambah laju. Seseorang biasanya akan bernafas melalui hidung dan apabila situasi panik air berlaku, bernafas melalui hidung dengan kadar yang cepat akan menyebabkan air mudah masuk ke dalam paru-paru dan mengakibatkan lemas.

Badan manusia mempunyai peratusan air sehingga 70% dan secara semulajadi badan akan terapung di permukaan air.

Gejala panik air, tiada ilmu mengapungkan badan dan kaedah pernafasan yang salah akan menyebabkan seseorang mudah lemas di air.

Aktiviti water confidence merupakan sesi latihan berkaitan meningkatkan keyakinan diri seseorang apabila berada di dalam air serta teknik mengapungkan badan ( floating ) dipermukaan air.

Salah satu dari sesi latihan kami ( Di Lembah Azwen Resort ) adalah sesi watersport dimana gabungan aktiviti water confidence, swimming dan lake crossing.

Terdapat juga aktiviti air lain yang boleh anda pilih seperti ;
1. Sampan pak pandir
2. Resque
3. Emergency boat
4. Trus Fall
5. Perigi Beracun
6. Rafting ( Barrel @ tube )
PFD ( Personal Flotation Device )
Taklimat Keselamatan Oleh Jurulatih

Taklimat Teknik Apungan

Peserta Melakukan Apungan

Lake Crossing

Rafting ( Barrel )

Sampan Pak Pandir

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Haris ( Mindvision Training ) - 019-3214190.

Friday, January 7, 2011

EXPLORER CAMP - FLAME OF SUCCESS


Anjuran
Student Affairs & Development Department,
Masterskill University College of Health Sciences

Tarikh
18 - 19 Januari 2011

Penyertaan
18 - 25 tahun

Yuran
Percuma

Tempat
Lembah Azwen Resort

Aktiviti
-Water Sport Explorace
-Obstacle night walk
-1 Malaysia Cultural Nite
-Karaoke
-BBQ Dinner

Untuk pendaftaran layari http://www.masterskill.edu.my/index_web.html

Atau terus hubungi masterskill di talian 03-90805888 ext 709, 758 atau 713

Sunday, December 19, 2010

Kem Kemahiran Insaniah Pelajar Lepasan SPM dan STPM 2011


SINOPSIS
Kemahiran Insaniah atau Soft Skill merupakan kemahiran yang harus dimiliki oleh semua orang terutama pelajar lepasan sekolah. Ianya merupakan kemahiran yang akan dapat membantu mereka kelak diperingkat pengajian tinggi dan ketika kerja kelak.

Antara kemahiran insaniah yang perlu dikuasai adalah ;
Kemahiran Berkomunikasi
Pemikian Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran Kerja Berpasukan
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Kemahiran Usahawan
Etika Dan Moral Profesional
Kemahiran Kepimpinan

PESERTA
Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM dan STPM 2010

TARIKH PROGRAM
21 ( Jumaat ) hingga 23 ( Ahad ) 2011

LOKASI PROGRAM
Lembah Azwen Resort, Batu 14, Hulu Langat, Selangor

BAYARAN PENYERTAAN
RM300.00
Harga Termasuk, Penginapan - Dormitori Berhawa Dingin / Makan Minum 6x sehari / Bahan Kursus / Sijil Penyertaan / Hadiah / DVD Program


MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN
HUBUNGI : EN MOHD HARIS B HAIRUN PAEZI ( 0193214190 )
http://www.mindvision.com.my/

Thursday, November 4, 2010

Kursus Komunikasi Berkesan Kearah Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Bertempat di Bilik Jamuan, Aras G, Kementerian Pelajaran Malaysia, Cyberjaya telah berlangsungnya Kursus Komunikasi Berkesan Kearah Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 hingga 26 Oktober 2010 telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri dari kakitangan sokongan bahangian berkenaan.

Aktiviti yang dijalankan semasa sesi latihan berlangsung menjurus kearah pembentukan budaya berkomunikasi yang berkesan berserta nilai tambah lain seperti kerjasama berpasukan, pembinaan ukhuwah dan motivasi diri.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya mengikuti kursus tersebut dengan jayanya.

Saturday, October 2, 2010

Program Pembangunan Minda Insan RISDA

Tanggal 28 hingga 30 September 2010 lalu saya ke Negeri Cik Siti Wan Kembang untuk melaksanakan Program Pembangunan Minda Insan Risda Kelantan.

Program yang diadakan di Hotel Raudah, Kota Bharu telah dihadiri oleh seramai 80 orang ketua isi rumah dari Jajahan Pasir Putih.

Inilah kali pertama saya mengendalikan progam bagi peserta yang majoritinya berumur 50 tahun keatas dan alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan feedback yang diperolehi dari peserta dan urusetia Risda amat positif sekali.

Walaupun jadual program agak padat namun komitmen yang diberikan oleh peserta sangat memuaskan.

Kebanyakan aktiviti adalah aktiviti dalaman sahaja kerana ketidaksesuaian tempat untuk aktiviti luar, namun begitu respon peserta terhadap semua akitiviti sangat membanggakan walaupun umur mereka ada yang menjangkau 80 tahun.

Saya sangat berbangga dapat memberi sumbangan kepada golongan warga emas dalam usaha memutihkan mereka dari senarai miskin tegar menjelang hujung tahun ini.

Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan membantu mereka dan keluarga mereka untuk mencapai kejayaan didunia yang semakin mencabar ini. Insyaallah

Monday, August 9, 2010

Teambuilding TASCO Berhad

Pada tanggal 7 hingga 8 Ogos lalu, seramai 39 orang kakitangan TASCO Berhad berkampung di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson untuk mengikuti kursus Teambuilding.

Menariknya kursus kali ini ialah apabila peserta memulakan kursus dengan aktiviti xplorerace berkereta dari Shah Alam ke Port Dickson. 10 kumpulan terdiri dari 4 hingga 5 orang peserta dikehendaki melalui 6 check point antaranya ialah CP - Nur Bukit Unggul dimana salah seorang dari ahli kumpulan dikehendaki melalui aktiviti Flying Fox dan CP - Muzium Tendera Darat dimana peserta dikehendaki mencari dimana terletaknya terowong PKM.

Juara Xplorerace menerima hamper dari En. Rasyid

Sebagaimana kebiasaanya, aktiviti Reef Knot pasti menjadi aktiviti utama dimana kumpulan ini berjaya menyiapkan simpulan tersebut dengan kepantasan 43 minit.

Buat pertama kalinya aktiviti riadah petang ' The Ring ' dimaninkan ditepi laut....memang meriah sekali kumpulan ini. Ganas-ganas.....lebih dari 5 kad merah dilayangkan.

Walapun kursus ini hanya 2 hari 1 malam sahaja tetapi sebanyak 7 sesi latihan berjaya dilaksanakan.

Tahniah semua, anda semua memang ' specialist '. Tidak kira anda specialist atau pun korporat yang utama jadilah diri anda sendiri, kenali diri anda, serlahkan potensi anda, majukan diri dan teruskan usaha anda untuk menjadikan diri anda yang terbaik. Mudah-mudahan segala apa yang anda impikan akan tercapai. Insyaallah

The Ring
Mencari Raja Botol Kicap

Team polis dalam Emergency Boat.......30 minit

Senamrobik bersama En. Shameem......makarena

Kalau ramai specialist pun susah juga.......

Kumpulan terbaik......blue black