Thursday, April 29, 2010

Kursus Transformasi Diri Kearah Kecemerlangan Organisasi Jabatan Kimia Malaysia

Bertempat di D'Village Resort, Air Keroh, Melaka, seramai 36 orang kakitangan sokongan Jabatan Kimia Malaysia telah mengikuti Kursus Transformasi Diri Kearah Kecemerlangan Organisasi.

Kursus yang diadakan pada 26 hingga 28 April 2010 bertujuan untuk memupuk nilai jatidiri kakitangan disamping memberi suntikan motivasi untuk terus aktif memberi khidmat kepada JKM.
Untuk kursus kali ini, rekod baru reef knot bagi tahun 2010 telah tercipta dimana peserta berjaya menyiapkan reef knot dalam masa 10 minit dan telah berjaya menempatkan mereka pada tangga kedua carta reef knot Mindvision Training.

Emergency Boat - 30 minit berlalu tanpa disedari

Walaupun ramai yang berumur 40 tahun keatas, tapi tetap komited semasa senaman pagi dan senamrobik, cayalah....

Pagi-pagi saya gosok gigi guna.....tidur malam saya peluk.....

Kumpulan terbaik, kumpulan spider, berjaya pintas kumpulan lain pada saat akhir

The best ever roller coaster, siap hiasan bunga lagi

Kumpulan suria dengan projek Air Tower

Kunang-kunang kumpulan Suria

Kunang-kunang kumpulan Exora

Saya bersama Shameem, Abang Yus dan Abg Jaafar...terima kasih atas hadiah surprise tu.

Anda semua hebat walaupun berada pada simpulan ( reef knot ), serlahkan potensi diri, bergembiralah dengan tugas anda, percayalah....anda pasti akan dibalas dengan setimpalnya suatu masa nanti atas apa yang telah anda lakukan sekarang. Teruskan perjuangan.

Ingat....masa yang berlalu pasti tidak dapat kita kembalikan, lalui masa dengan kepuasan dan jangan menyesali setiap waktu yang berlalu itu.

1 comment: