Kursus Motivasi dan Kerjasama Berpasukan jurulatih dan kakitangan sekolah latihan ALPHA telah berlangsung pada 25 hingga 26 Mac 2010 di Kem Sungai Dara, Tanjung Malim. Objektif kursus ini adala untuk menyuntik semangat kerjasama berpasukan dan meningkatkan motivasi dikalangan jurulatih ALPHA.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 21 orang peserta termasuk Komandan ALPHA sendiri, Tuan Wahab.Kemuncak kursus ini adalah aktiviti water confidence dan rappeling yang diadakan pada pagi hari kedua kursus.
Tuan Haris bersama Komandan ALPHA, Tuan WahabPeserta melakukan ' river crossing ' pada kedalaman 8 kaki
Taklimat Rappeling oleh Tuan Wan ' Solo '
Salah seorang peserta ketika membuat rappeling dari ketinggian 30 meter
Aksi salah seorang peserta semasa membuat rappeling

Selain dari aktiviti water confidence dan rappeling, peserta juga melalui aktiviti reef knot, salah satu aktiviti ' trade mark ' Mindvision Training. Kumpulan ini telah mencatat masa 10 minit menyiapkan reef knot dan sekarang menduduki tangga kedua senarai kumpulan terpantas menyiapkan reef knot dibelakang kumpulan Penjara Sungai Buluh.
Tahniah semua, anda semua hebat, selamat maju jaya dan teruskan perjuangan anda, semoga anda semua mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

salam...tq ..aktiviti best..penat sikit tapi berbaloi...
ReplyDeleteazy ..alpha bangi
Apa yang penting....KERJASAMA, KERJASAMA
ReplyDelete