Bertempat di Bilik Jamuan, Aras G, Kementerian Pelajaran Malaysia, Cyberjaya telah berlangsungnya Kursus Komunikasi Berkesan Kearah Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.Kursus yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 hingga 26 Oktober 2010 telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri dari kakitangan sokongan bahangian berkenaan.
Aktiviti yang dijalankan semasa sesi latihan berlangsung menjurus kearah pembentukan budaya berkomunikasi yang berkesan berserta nilai tambah lain seperti kerjasama berpasukan, pembinaan ukhuwah dan motivasi diri.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya mengikuti kursus tersebut dengan jayanya.




Tanggal 28 hingga 30 September 2010 lalu saya ke Negeri Cik Siti Wan Kembang untuk melaksanakan Program Pembangunan Minda Insan Risda Kelantan.
Program yang diadakan di Hotel Raudah, Kota Bharu telah dihadiri oleh seramai 80 orang ketua isi rumah dari Jajahan Pasir Putih.
Inilah kali pertama saya mengendalikan progam bagi peserta yang majoritinya berumur 50 tahun keatas dan alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan feedback yang diperolehi dari peserta dan urusetia Risda amat positif sekali.
Walaupun jadual program agak padat namun komitmen yang diberikan oleh peserta sangat memuaskan.
Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan membantu mereka dan keluarga mereka untuk mencapai kejayaan didunia yang semakin mencabar ini. Insyaallah
