Monday, June 27, 2011

GRAFOLOGY ( Bahagian 1 )

Grafologi adalah seni menilai karektor dan keperibadian seseorang melalui tulisan, lukisan dan tandatangan. Kajian berkaitan grafologi telah bermula sejak 400 tahun yang lalu oleh Camilio Baldi. Grafologi merupakan sesuatu yang saintifik dimana ia menghubungkan fungsi orak dengan tindakan dan gerakbalas organ lain.

Grafologi juga dipanggil tulisan otak, ini adalah kerana tangan bukanlan organ untuk menulis, perkara ini disokong dengan melihat golongan yang tidak memiliki tangan masih mampu untuk menulis samada menggunakan kaki atau mulut. Otak sebenarnya mengawal apa yanng ditulis atau dilukis dan tangan digunakan sebagai medium perlaksana apa yang hendak disampaikan oleh otak.

Tandatangan berasal dari bahasa latin SIGNARE yang bermaksud TANDA. Ianya merupakan gaya tulisan tertentu dari nama seseorang atau tanda identifikasi yang ditulis pada dokumen sebagai bukti mewakili individu tertentu.

Tandatangan bukan sahaja mewakili identiti anda bahkan ianya boleh menjadi penentu kepada perjalanan hidup anda.

Mari kita lihat maksud tersirat disebalik tandatangan.

1. Tekanan

Jika tekanan pada tandatangan yang ditulis kuat sehingga timbul dibahagian belakang kertas, anda pada ketika itu berada dalam keadaan sihat, cergas dan agresif tetapi jika tekanan kurang anda pada ketika itu kurang sihat, kurang aktif dan kurang bertenaga. Ada pendapat menyatakan mereka yang tulisannya tidak berbekas dibahagian belakang akan mudah sakit.

2. Garisan

Selalunya tandatangan akan diakhiri dengan garisan dibawah tandatangan sebagai pelengkap, jika tandatangan anda mempunyai garisan, pakar grafologi berpendapat anda adalah seorang yang berkeyakinan dan mempunyai personaliti yang hebat tetapi berhati-hati kerana anda mementingkan diri sendiri dan kurang perihatin kepada orang lain.

Jika garisan tersebut kena pada tandatangan, anda tidak mampu untuk berdikari dan suka bergantung dengan orang lain.

Jika garisan tersebut berakhir kebawah atau kebelakang, berhati-hati kerana pada ketika tua nanti hidup anda akan susah.

Jika hujung garisan berkait atau mempunyai cakuk, hidup anda dikelilingi hutang.

Ramai yang saya lihat membuat garisan potongan pada tandatangan, elakkan perkara ini kerana setiap apa yang anda lakukan tidak akan sempurna dan anda sukar mendapat apa yang anda hajati. Labih buruk lagi tandatangan begini menjadikan anda tidak dipercayai oleh orang lain kerana anda memotong nama anda, membatal nama anda dan mematikan identiti anda.

3. Titik

Titik pada tandatangan juga sama fungsinya dengan garisan, dimana ianya merupakan pelengkap dan penamat kepada tandatangan.

Mereka yang mempunyai 1 titik pada tandatangan adalah orang sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang situasi. Mudah untuk berurusan dengan mereka dan anda mudah hilang kepercayaan apabila dikhianati.

Tandatangan dengan 2 titik pula dikategorikan sebagai orang yang romantik, tidak setia dalam perhubungan dan mudah bertukar-tukar pasangan. Jika anda lelaki, anda memilih kecantikan dan jika anda perempuan, anda akan sentiasa untuk kelihatan cantik.

Bagaimana pula pada tandatangan yang tiada garisan atau titik, anda sebenrnya seronok dengan kehidupan anda dengan cara anda tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Berhati-hati kerana anda tidak suka kepada pandangan dan pendapat orang lain terhadap diri anda. Ini boleh menjadikan anda dilabel sebagai ' Syok Sendiri '.