Sebagai contoh, ketika dipejabat, anda dimarahi oleh bos kerana kesilapan anda ataupun boleh jadi tanpa sebarang sebab. Apa yang anda rasa ? sepanjang hari anda pasti tidak ada mood untuk bekerja.
Hukum Lori Sampah ( Law of Garbage Truck ) menyatakan bahawa, pada ketika itu, bos anda ingin melepaskan perasaan marahnya kepada seseorang, anda mangsanya. Jika anda memungut apa yang dilepaskanya itu kedalam diri anda, anda seumpama sebuah lori sampah yang memungut sisa-sisa yang kotor ( negatif ). Bayangkan sebuah lori sampah yang sarat dengan muatan sampah, busuk, kotor dan dijauhi orang. Jangan jadikan diri anda sebagai pemungut sampah yang memungut sisa-sisa negatif dari orang lain.
Caranya mudah sahaja, anggap orang yang sedemikian sedang membuang sisa negatif, kotor dan busuk dan anda tidak akan dan tidak mahu menerima atau memungutnya. Maafkan mereka walaupun kata-kata atau perbuatan mereka itu menyakitkan.
Renungkan Kisah Ini sebagai motivasi untuk diri anda apabila berhadapan dengan situasi sebegini.
Pada suatu hari, sedang Nabi saw berkumpul dengan para sahabat dekat kaabah, seorang lelaki asing berjalan di hadapan mereka.Setelah lelaki itu berlalu, Nabi berkata kepada para sahabat: "Dialah ahli Syurga". Hal itu dikatakan oleh baginda hingga tiga kali.
Timbul rasa ingin tahu mengenai kenyataan Nabi di kalangan sahabat, terutama Abdullah bin Umar, yang memang dikenal sangat kritis pemikiranya."Ya Rasulullah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, sedangkan selama ini kami tidak pernah mengenalnya sebagai sahabatmu? sedang terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak mengatakan hal itu?" Tanya Abdullah. Nabi memberi jawaban halus lagi bijak: "jika engkau ingin tahu, tanyalah kepadanya".
Oleh kerana rasa ingin tahu, pada suatu hari Abdullah bin Umar berkunjung ke rumah orang asing itu."Wahai saudara, kelmarin waktu engkau lalu di hadapan kami Rasulullah mengatakan bahawa engkau seorang ahli syurga. Apa gerangan yang menjadi rahsianya sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?" tanya Abdullah.
Lelaki itu tersenyum seraya berkata:"Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki harta kekayaan apa-apa, baik ilmu ataupun harta yang dapat ku sedekahkan." Yang aku miliki hanyalah kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekaligus berusaha menghilangkan perasaan benci terhadap siapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun."
Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan egoisme, bererti adanya sikap menyalahkan orang yang dibenci.Dan menyalahkan orang lain bermaksud membenarkan sikap dan tindakan sendiri. Sedangkan sikap itu sudah sejak awal dituntut iblis ketika penciptaan adam as. Kisah ini memberikan gambaran bahawa perasaan benci bukan mengakibatkan fitnah dan permusuhan sahaja bahkan penyakit batin yang boleh membunuh maruah seseorang Mukmin yang mendambakan keredhaan Illahi.