Saturday, October 2, 2010

Program Pembangunan Minda Insan RISDA

Tanggal 28 hingga 30 September 2010 lalu saya ke Negeri Cik Siti Wan Kembang untuk melaksanakan Program Pembangunan Minda Insan Risda Kelantan.

Program yang diadakan di Hotel Raudah, Kota Bharu telah dihadiri oleh seramai 80 orang ketua isi rumah dari Jajahan Pasir Putih.

Inilah kali pertama saya mengendalikan progam bagi peserta yang majoritinya berumur 50 tahun keatas dan alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan feedback yang diperolehi dari peserta dan urusetia Risda amat positif sekali.

Walaupun jadual program agak padat namun komitmen yang diberikan oleh peserta sangat memuaskan.

Kebanyakan aktiviti adalah aktiviti dalaman sahaja kerana ketidaksesuaian tempat untuk aktiviti luar, namun begitu respon peserta terhadap semua akitiviti sangat membanggakan walaupun umur mereka ada yang menjangkau 80 tahun.

Saya sangat berbangga dapat memberi sumbangan kepada golongan warga emas dalam usaha memutihkan mereka dari senarai miskin tegar menjelang hujung tahun ini.

Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan membantu mereka dan keluarga mereka untuk mencapai kejayaan didunia yang semakin mencabar ini. Insyaallah